Kategori Berita Antarabangsa

Parti Presiden Perancis menang besar

19 JUN: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menang besar pada pilihan raya Parlimen negara itu semalam dengan memperoleh mandat kukuh untuk melakukan pembaharuan.

Keputusan itu, berdasarkan perangkaan rasmi, tinjauan serta prestasi memalukan parti Sosialis dan Konservatif yang menguasai selama beberapa dekad sehingga pemilihan Macron pada Mei lalu.

Bagaimanapun, kejayaan Macron (foto) tercalar dengan peratusan keluar mengundi yang sangat rendah iaitu 44 peratus, lapor Reuters.

Tiga tinjauan meramalkan parti pimpinan Macron, Republic on the Move (LREM) dan sekutunya, Modem, akan memperoleh 355 hingga 365 kerusi dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 577 kerusi, kurang sedikit berbanding ramalan sebelumnya.

Mereka menjangkakan Republikan yang konservatif dan sekutunya akan membentuk blok pembangkang terbesar dengan 125 hingga 131 kerusi, manakala Sosialis, yang berkuasa sejak lima tahun lalu, dan rakannya cuma akan menang 41 hingga 49 kerusi.

Perangkaan rasmi dengan baki 90 kerusi yang belum diisytiharkan pemenang, menunjukkan LREM sudah menang majoriti.

Setahun lalu, tiada siapa membayangkan keadaan ini,” kata Perdana Menteri, Edouard Philippe, dalam kenyataan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2017 11:32 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]