Kategori Berita Utama

Parti pro kepada Khalid Ibrahim ditubuh?

20 MEI: Sebuah parti baru terdiri daripada akar umbi PKR yang kecewa dengan pimpinan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipercayai akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Satu jemputan media juga dikatakan diedar semalam bagi menghadiri pengumuman penubuhan parti berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Memetik laporan Malaysian Digest semalam, wakil kumpulan berkenaan dikenali Johari Musa mendakwa parti itu akan disertai akar umbi PKR yang menyokong bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Apabila pemecatan Tan Sri Khalid dahulu, lebih kurang 41 peratus ahli PKR tidak bersetuju dengan keputusan parti. Jadi mereka tidak lagi mengikuti PKR dan menjadi penyokong bebas seperti Tan Sri Khalid secara senyap.

“Kami membentuk suatu kumpulan dan kami bersetuju untuk menubuhkan satu platform bagi menggantikan PKR sekarang yang sudah runtuh,” dakwa Johari.

Ujar beliau, parti baru ini dijangka bersama Gagasan Sejahtera yang menggabungkan PAS dan IKATAN.

“Kita akan pelawa Tan Sri Khalid sebab kami adalah penyokong beliau. Tan Sri Khalid sebagai ikon kami,” jelasnya.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 May 2017 12:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]