Kategori Berita Utama

PAS berbalah semula dengan DAP

Hubungan PAS dan DAP dijangka bergolak semula ekoran kenyataan Karpal Singh yang mencadangkan parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran dilihat PAS sebagai tidak berasas, serius dan membahayakan.

“Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau,” kata  Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu DAP mengambil tindakan terhadap Penasihat DAP itu.

Katanya, kenyataan Karpal memperlihatkan betapa beliau  tidak memahami perjuangan PAS.

“Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia?

karpalpas

Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan kata berhubung kenyataan terbaru Karpal ini?

“Nilailah sendiri pada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Islam dan bukan Islam. Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?,” soal Tuan Ibrahim.

Katanya, kenyataan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat dalam suasana rakyat mulai yakin dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam Pakatan Rakyat serta sokongan rakyat selama ini,” katanya.

Karpal pada Selasa mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS meminta Karpal  menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kepada PAS mengenai cadangannya itu termasuk PAS dibatalkan pendaftaran.

“Kami, dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, berharap Karpal akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka terutamanya kepada PAS. Kami tidak mahu hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas,” kata Ketua Pemudanya, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan Rabu.

Kamaruzaman berkata Karpal tidak harus menyamakan PAS dengan parti politik berasaskan agama dan kaum lain atau badan profesional.

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Peribahasa ini jelas menggambarkan kenyataan pengerusi DAP itu,” katanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada Selasa menyelar Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

Beliau berkata, pendaftaran persatuan seperti itu patut dibatalkan. – 6/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 November 2013 8:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: