Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS bersedia kerjasama dengan PKR, PPBM jika

19 JUN: Selepas bercerai, PAS seperti gila talak apabila menyatakan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama dengan PKR dan PBBM sekiranya kedua-dua parti itu meninggalkan Pakatan Harapan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (foto) juga mengenakan syarat bahawa kedua-dua parti itu juga perlu menghentikan kerjasama mereka dengan PAN dan DAP.

“Kita membuka ruang pada semua kecuali DAP dan PAN sahaja. Kita yakin tiga parti iaitu PAS, PKR dan PPBM jika bergabung potensi untuk menumbangkan Barisan Nasional semakin cerah,”katanya, Ahad.

Terdahulu beliau hadir Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di Hotel Grand River View, Kota Bharu yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Pada ketika ini, PAS bersama IKATAN dalam Gagasan Sejahtera, manakala PPBM dan PKR sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2017 4:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]