Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS disaran berdiri atas kaki sendiri

12 MEI : PAS disarankan tidak tunduk kepada mana-mana parti politik lain termasuk PKR kerana parti Islam itu mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Presiden MUAFAKAT, Ismail Mina Ahmad berkata perkara ini terbukti apabila PAS menjadikan parti politik lain kuat melalui jenteranya yang utuh khususnya di Selangor ketika bersama Pakatan Rakyat.

Bahkan Ismail mendakwa PAS pernah membantu PKR dengan ‘menyewakan’ calon kepada parti itu kerana tidak cukup orang untuk bertanding.

“Semua orang nampak yang PAS membuat satu keputusan yang tepat, itu hak serta suara PAS dan tiada mana-mana pihak boleh halang. Banyak yang PAS telah lakukan kepada PKR, tapi mereka sendiri khianat PAS. Parti Islam itu tidak boleh terus duduk diam lagi.

“Banyak onar yang dilakukan PKR terhadap PAS, saya sendiri sedih dengan apa yang berlaku apabila mereka sendiri sanggup menentang agenda untuk memartabatkan Islam, kalau dulu duduk di bawah tunggangan DAP, sekarang PKR  pula menentang dengan buat Parlimen olok-olok bercakap tentang RUU 355, tapi mereka kata PKR tak pernah khianat PAS,itu apa?” soalnya kepada BNBBC.my portal, Jumaat.

Ismail berkata demikian bagi mengulas keputusan Majlis Syura Ulama membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Bagimanapun kepimpinan PAS Selangor membuat keputusan untuk kekal dalam Kerajaan Selangor sehingga DUN dibubarkan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 May 2017 4:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: