Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS enggan hadir Kongres PKR

15 MEI: Walapun surat jemputan kepada PAS untuk menghadiri Kongres PKR sudah dihantar, parti Islam it belum menerimanya, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kita belum terima lagi jemputan.

“Tetapi rasanya tidak mungkin kita akan hadir,” lapor Sinar Harian, Isnin.

Sebelum itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata PAS belum memberi pengesahan kepada jemputan rasmi yang dihantar kepada parti itu untuk menyertai Kongres PKR bermula 19 hingga 21 Mei depan.

Saifuddin dilaporkan berkata keputusan untuk menjemput PAS dibuat sebelum parti Islam itu membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Pada 11 Mei lalu, hubungan kedua-dua parti berakhir selepas Majlis Syura Ulamak PAS membatalkan hubungan politik serta merta.

Share This:




Berita Bertarikh pada 15 May 2017 9:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]