Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS ikrar halang DAP kuasai negara

29 APRIL: PAS menegaskan komitmennya untuk menghalang DAP yang dilihat sebagai ancaman terhadap Islam daripada menguasai pentadbiran negara.

Menurut sumber, perkara itu dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam taklimat tertutup bersama perwakilan parti di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Kedah malam tadi.

Difahamkan, PAS turut mengambil pendirian serupa terhadap Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Sumber tersebut menambah, PAS juga akan berusaha menambah bilangan kerusi yang dikuasai orang Melayu sehingga 50 peratus.

Difahamkan, sasaran itu boleh dicapai dengan memperkukuhkan pengaruh PAS di beberapa negeri.

Seperti yang dijelaskan oleh sumber berkenaan, usaha itu juga berupaya mengekalkan teras Melayu dan Islam dalam pentadbiran negara.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyiddin Hassan pula menyatakan, sebagai rumusan, amanat yang disampaikan adalah arahan kepada pimpinan peringkat kawasan supaya mengambil tindakan segera untuk menghadapi PRU-14.

Menurut Takiyuddin, setiap arahan parti adalah perkara yang telah dibincangkan dan perlu dipatuhi bagi mengukuhkan kesetiaan kepada parti.

“Perkara utama yang diingatkan presiden ialah muktamar merupakan medan untuk rapatkan hubungan sesama sendiri bukan untuk berpecah.

“Oleh itu, Presiden mengingatkan perwakilan agar tidak memberi tumpuan mahupun membincangkan perkara-perkara remeh dan boleh merugikan parti,” kata beliau kepada media selepas majlis berkenaan

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 April 2017 6:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: