Kategori Berita Utama

PAS jamin takkan jalin hubungan politik dengan PKR, DAP

13 OGOS : PAS menegaskan tidak akan ada sebarang hubungan kerjasama politik dengan PKR, apatah lagi DAP.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana pihaknya konsisten dengan keputusan yang dibuat sebelum ini dalam Muktamar dimana PAS telah memutuskan hubungan politik dengan PKR.

“Dalam konteks kerjasama politik dengan PKR, tidak. Kita baru keputusan dalam muktamar.

“Saya pun tak nampak akan ada perbincangan dengan DAP. Tindakan-tindakan yang menyerang Kelantan, kawasan PAS ni bukan baru dan kita patuh kepada keputusan parti, dengan rakan lain, kita mantapkan dengan rakan yang ada dalam Gagasan Sejahtera,” katanya pada sidang media selepas program Munaqasyah di Petaling Jaya, Ahad.

Jelas beliau lagi, PAS kini lebih fokus dalam menyusun strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Bagaimanapun pihaknya sentiasa terbuka dalam soal perundingan dan perbincangan dengan mana-mana parti.

“Soal perundingan kita sentiasa terbuka.. PAS kita gerakkan jentera, tengok kemampuan kita.. kita fokus kepada kerusi kita..kerusi yang kita yakin boleh capai kemenangan.

“Pesuruhjaya (Selangor) pun dah minta seluruh DUN untuk bersedia. Kita tak tutup pintu rundingan, kita engaged dengan semua pihak.. cuma parti kita dah buat keputusan, kita dah putuskan tahaluf dengan PKR,DAP dan sebagainya.. dan kita mantapkan Gagasan Sejahtera.

“Bukan bermakna tak boleh bincang, boleh bincang, tak ada masalah.. tapi polisi kita tetap dengan Gagasan,” ujarnya.

Daalm perkembangan lain, Tuan Ibrahim turut berkata  pihaknya sebelum ini telah menghantar surat rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.

Kenyataan beliau itu bagi menjawab persoalan pembangkang yang bertanya mengapa hanya PAS sahaja dipanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada Arul.

“Kita sebelum itu dah hantar surat rasmi kepada Arul sendiri, kita nak kan penjelasan, bab penyelewengan dana dan sebagainya memang kita tentang, tapi kita bukan menentang mamcam itu sahaja dan tak faham apa-apa.

“Sebab itu kita dapatkan penyelesaian,”ujarnya lagi.

PAS sebelum ini berkata mereka berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang itu dari presiden 1MDB sendiri iaiu Arul Kanda.

Arul Kanda memberikan penerangan kira-kira 2 jam kepada Timbalan Presiden dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sidang meja bulat itu diadakan di Hotel de Palma, Ampang.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 August 2017 5:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]