Kategori Berita Utama

PAS kantoi, Mahfuz terpaksa bersumpah

PAS Kedah mengaku satu daripada gambar kempen calonnya di PRK Sungai Limau yang cetuskan kontroversi adalah gambar palsu.

Namun, parti itu mendakwa tidak tahu gambar itu bukan asli dan sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“PAS langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada,” kata Pengarah Operasi PAS bagi kempen PRK DUN Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media, Isnin.

Risalah kempen itu memaparkan gambar calon parti itu, Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

sinarkantoiNamun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik ‘photoshop’ bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.

Katanya PAS Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen PAS, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata: “Kita semua manusia biasa… yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita.”

Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik ‘desperado’ untuk mengelirukan pengundi pada PRK Dun Sungai Limau.-

Sementara itu, Naib Prsiden PAS, Datuk Mahfuz Omar terpaksa bersumpah menafikan mengirim khidmat pesanan rengkas (SMS) mengatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pernah mendapat rawatan mental.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak buat mesej ini (fitnah) kepada mana-mana pihak,” kata Mahfuz yang juga  Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

“Saya nak respons terhadap mesej itu yang saya anggap sebagai satu cubaan untuk memfitnah saya dengan dimuat turun seolah-olah SMS itu ataupun maklumat itu adalah daripada nombor saya,” katanya pada sidang media.

Menuruf Mahfuz, beliau menerima mesej ini selepas dihantar oleh kawan-kawan yang bertanyakan adakah benar beliau menghantar mesej itu kepada semua orang.

“Dia melihat dalam blog pun ada mesej sama yang turut memaparkan nombor telefon saya,” katanya di Markas Induk Pas Kawasan Jerai.

SMS itu menyebut: “Calon BN Sungai Limau itu, Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya, tapi jadi cikgu sementara saja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik saja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tanjung Malim. Ramai orang tidak kenal beliau di Dun Sungai Limau. Fikirlah”.

Nampaknya PAS kantoi dalam usaha terdesak mereka bagi mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau selepas kematian Azizan.

Mustahil parti itu tidak tahu siapa bertanggungjawab mencipta gambar itu dengan menyalahkan pereka grafik begitu juga dengan SMS dari nombor telefon milik Mahfuz.

Bagi pengundi  di Sungai Limau, tepuk dada, tanya selera. -28/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 October 2013 10:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: