Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS kata demo sembelih ayam malukan negara

9 FEB: Ada cerdik pandai berkata, kalau hendak kenal atau tahu mengenai sesaorang itu, tengok dengan siapa mereka berkawan.

Maksudnya, kalau orang itu berkawan dengan mereka yang buruk sikap, tidak mustahil orang itu juga akan bersikap buruk.

Sebab itulah bila ahli palimen PAS Bukit Gantang keluar kenyataan meghentam pihak yang membantah ahli parlimen DAP Seputeh Teresa Kok, bolehlah dianggap apa dikatakan cerdik pandai itu ada benarnya.

idrisahmadpas

Idris…tak pernah demo?

Bukan sahaja Idris Ahmad tetapi ramai lagi pemimpin PAS yang dulu disegani dan dihormati kini seolah-olah sudah hilang maruh selepas bersekongkol dan DAP dan PKR.

Ramai yang akan menypkong pemimpin sekutu mereka itu walaupun perbuatan mereka tidak betul seperti Teresa yang terbabit klip video Tahun Baharu Cina yang mesejnya mahu menghina pemimpin negara dan penduduk Sabah.

Tanpa memikirkan perbuatan itu sememangnya tidak wajar dalam suasana sambutan Tahun Baharu Cina, Idris dalam kenyataan pada Sabtu menyifatkan tidakan, beberapa NGO mengadakan demonstrasi dengan menyembelih ayam serta melumur darah di atas kain rentang  tertera muka pemimpin DAP dan juga PKR sebagai memalukan imej  negara.

Sejak bila Idris atau PAS faham erti memalukan negara?

Bagaimana dengan tindakan PAS dan penyokong-penyokong tegar berguling di depan Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar dalam krisis kerajaan negeri Perak dahulu?

Bagaimana pula dengan perbuatan PAS dan sekutu mereka menjerit-jerit dalam sidang Dewan Rakyat sambil melontar kapal terbang kertas?

teresarepotpolis

Pemimpn Melayu dalam PKR dan PAS turut serta temani Teresa buat laporan polis

Itu tidak termasuk lagi yang berkumpul dan berdemo di depan Parlimen, Dataran Merdeka, Padang Merbok dan Mahkamah Jalan Duta untuk mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Tolonglah cermin diri Idris dan jangan meluduh ke langit.

Tindakan tanduk pemimpin pembangkang termasuk Idris yang banyak memalukan imej negara.

Kenyataan yang dikeluarkan Idris ini hanya bersifat bodoh dan berat sebelah kerana beliau tidak pernah mengecam pemimpin-pemimpin PR yang turun berdemo sebagai perbuatan yang merosakkan imej negara.

Adakah PR terlalu kebal sehingga semua perbuatan mereka betul dan wajar diterima ramai?

Adakah Idris lupa siapa yang berdemo depan Kedutaan Jepun baru-baru ini kerana tiak puashati sebab Anwar tidak dapat masuk ke negara Matahari Terbit itu?

Daripada keluarkan kenyataan memalukan ini, lebih baik Idris pergi bersama-sama beberapa rakan parlimen beliau menemami Teresa buat laporan polis Jumaat lalu.

Buktikan Melayu dalam PAS dan PKR sanggup perrtahankan Teresa walaupun pemimpin DAP itulah yang pernah ‘bising’ pasal suara azan dan tulisan Jawi

Sikap Idris ini mengigatkan kisah Si Luncai yang akhirnya terjun dengan labu-labu. .- bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 February 2014 6:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: