Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS khianati BERJASA

2 MEI: Pimpinn BERJASA mendakwa mereka dikhianati sekutu dalam Gagasan Sejahtera iaitu PAS apabila hanya ditawarkan lima kerusi pilihan raya umum daripada 17 yang dipohon.

Malah, ketua penerangannya, Mohd Junip Huzayin berkata daripada jumlah itu, hanya tiga kerusi dibenarkan menggunakan lambang parti itu dan selebihnya menggunakan logo PAS.

“Namun sekarang seperti ada sesuatu yang tidak kena dan kita menyesal kerana ia seperti ada udang di sebalik batu atas persahabatan itu apabila BERJASA hanya diberi tiga kerusi sahaja,” katanya dipetik Sinar Harian.

Junip turut menegaskan Gagasan Sejahtera hanya mainan politik PAS apabila partinya hanya diberikan kerusi majoriti Cina.

“Boleh dikatakan semua kerusi yang diberi adalah kerusi tidak boleh menang seperti kerusi Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu Gajah,” katanya.

Gagasan Sejahtera yang ditubuhkan pada Mac 2016 merupakan blok gabungan parti politik ketiga yang disertai PAS, IKATAN, PCM dan  BERJASA sebagai saingan kepada BN dan Pakatan Harapan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 May 2018 8:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: