Kategori Berita Utama

PAS: Kit Siang nafi, tapi strategi jadi PM jelas

8 MEI: Dakwaan Lim Kit Siang bahawa DAP sentiasa menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia dan tidak pernah menjadi parti untuk kaum tertentu dilihat langsung tidak bertepatan dengan tindakannya.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali melihat tiada satu isu berkaitan Islam di negara ini yang tidak ditentang parti itu.

Berikutan itu, beliau mempersoal di mana kewajaran kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu dan mengesa rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan mainan kata-kata manis itu.

“Rakyat perlu menilai bukan dengan kata-kata retorik tapi pada perlakuan dan tindakan mereka kerana tidak satu isu melibatkan Islam ditentang oleh DAP.

“Jika benar memperjuangkan hak semua, kenapa DAP dilihat begitu menentang agenda Islam seperti RUU 355 yang merupakan hak bagi orang Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia? soalnya kepada BNBBC.my portal, Isnin.

Terdahulu, Kit Siang dalam ucapannya malam semalam di Subang Jaya berkata partinya mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

Beliau juga dilaporkan menafikan memasang impian untuk menjadi Perdana Menteri serta pernah menjadikan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan sebagai boneka.

Bagaimanapun, Khairuddin menyifatkan Kit Siang sememangnya sedang mengapai cita-citanya melalui strategi yang dilaksanakan.

“Sebagai sebuah parti politik pastinya DAP mempunyai cita-cita besar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Ia boleh dilaksanakan dengan menjadikan pemimpin melayu Islam sebagai batu loncatan, ini juga sudah dilihat dengan lebih awal,” dakwa Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 May 2017 1:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: