Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS WP bakal lawan Izzah, Tian Chua

15 MEI: Tiga Ahli Parlimen PKR dan seorang dari DAP bakal ditentang oleh PAS Wilayah Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Ini dinyatakan Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad semalam, yang memutuskan untuk meletakkan calon di sembilan kerusi Parlimen dalam Wilayah Persekutuan termasuk empat daripadanya disandang Barisan Nasional (BN) dan satu Bebas.

Menurut beliau, kerusi itu dipilih berdasarkan kemampuan jentera dan kehendak pengundi yang mahukan PAS menggantikan wakil rakyat sedia ada.

Sembilan kerusi itu ialah Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut.

“Kita memandang positif suasana politik mutakhir ini dan akan terus komited untuk melaksanakan gerak kerja pilihanraya dalam segala sudut.

“Peluang dan ruang yang ada akan digunakan sebaiknya untuk memenangkan Pas di kerusi Parlimen yang kita sasarkan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Bagaimanapun, pada 9 April lalu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam kenyataannya memberitahu, PAS hanya akan bertanding tujuh kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Sembilan kerusi Parlimen yang disasarkan PAS Wilayah Persekutuan itu kini dimenangi empat Barisan Nasional (BN), tiga PKR dan masing-masing satu dari DAP dan Bebas.

Kerusi itu ialah Titiwangsa (Datuk Seri Johari Abdul Ghani-BN), Putrajaya (Tengku Adnan Tengku Mansor-BN), Labuan (Datuk Rozman Isli-BN), Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim-Bebas), Wangsa Maju (Datuk Dr. Tan Kee Kwong-PKR), Setiawangsa (Datuk Ahmad Fauzi Zahari-BN), Lembah Pantai (Nurul Izah Anwar-PKR), Batu (Chua Tian Chang-PKR) dan Segambut (Lim Lip Eng-DAP).

Menurut Mohamad Noor, parti itu komited dengan Gagasan Sejahtera (GS) yang merupakan alternatif bagi pengundi untuk memilih kerajaan yang lebih berwibawa, telus dan berintegriti tinggi bagi mewakili rakyat selepas PRU-14 ini.

Beliau turut menyambut baik keputusan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR disebabkan berlaku begitu banyak perlanggaran terhadap syarat kerjasama politik menurut pertimbangan syarak dan akhlak Islam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 May 2017 1:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: