Kategori Berita Utama

PAS patut malu sebab UMNO dulu jemput saya – Ustaz Kazim

30 NOV: Pendakwah Ustaz Kazim Elias belum membuat keputusan menerima pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam sidang media di ibu negara sebentar tadi beliau turut mengakui masih ahli PAS.

Namun katanya, PAS patut malu kerana UMNO terlebih dahulu menjemputnya sebagai ahli Majlis Tertinggi bukannya PAS.

Menurutnya sehingga kini masih belum terima surat lucut keahlian dari parti tersebut. Beliau sebelum ini dilaporkan ahli PAS Kampung Manjoi dalam kawasan Tambun Perak.

Menurut beliau, keputusan menerima atau menolak pelantikan oleh Presiden UMNO itu akan diputuskan selepas berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

ustazkazim2

USTAZ KAZIM berhajat jumpa Najib terlebih dahulu

“Saya berhajat berjumpa Perdana Menteri. Keputusan terima atau tolak bergantung jaminan beliau boleh meneruskan dakwah tanpa terikat,” katanya.

Walaupun macam-macam cerita disebalik pelantikan itu, ceramah Ustaz Kazim di PPR Air Panas Setapak tetap sesak dengan hadirin.

Dalam perkembangan lain, Menteri Wilayah Persekutuan menasihatkan agar pihak tertentu menghentikan tomahan kepada Ustaz Kazim yang dilantik MT UMNO seperti diumumkan semalam.

Beliau memberitahu bahawa perlantikan pendakwah dan penceramah itu bukan kerana Ustaz mahukan pangkat atau nama, tetapi ini adalah pilihan Presiden UMNO yang mahu melakukan transformasi untuk parti.

“Presiden UMNO mahu lebih banyak cendiakawan dan tokoh agama yang dibawa masuk supaya dapat memperkasakan parti sekaligus memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara,” katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada anak-anak di Dewan Serbaguna Menara Seri Wilayah Kementerian Wilayah Persekutuan.
Seramai 610 penerima bantuan yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah dan menengah di Putrajaya. Bantuan berupa beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100..

Menurut Setiausaha Agung UKMNO itu, sebenarnya UMNO adalah sebuah parti Islam yang terbesar kalau dikira dengan jumlah keahlian yang ada sekarang.

“Ianya disertai bukan sahaja tokoh agamawan, tetapi ada juga tokoh korporat seperti ahli Parlimen Tititwangsa Datuk Johari Ghani dan Prof Ibrahim Abu Shah pakar dalam bidang pendidikan yang akan memberi input baru kepada parti seiring dengan keperluan sekarang,” ujarnya. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 November 2013 10:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: