Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS Perak sasar menang 30 kerusi

14 MAC: PAS Perak menyasarkan memenangi 30 daripada 59  kerusi DUN untuk menawan negeri itu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berikutan itu, Gagasan Sejahtera bersama parti Islam itu akan bertanding di semua 59 kerusi DUN, berbanding 22 kerusi  yang ditandingi PAS pada PRU13.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata empat calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)  disenaraikan antara 43 calon PAS yang akan bertanding manakala baki 16 kerusi menampilkan calon di bawah tiket Gagasan Sejahtera.

“Namun siapa calon bertanding dan di mana kawasan bertanding masih lagi dalam perbincangan parti,” katanya hari ini di Ipoh.

Dalam pada itu, Razman berkata PAS Perak akan menyediakan manifesto sendiri dengan merangkumi urus tadbir, ekonomi, pendidikan dan infrastruktur.

“Manifesto PAS Perak kita sediakan selari dengan manifesto PAS pusat. Manifesto PAS Perak akan dilancarkan selepas pelancaran Manifesto PAS pusat,” katanya.

Ketika ini, BN menguasai 31 kerusi DUN dan diikuti Pakatan Harapan (24) serta PAS (4).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 8:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: