Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS pertaruh ketua pemuda P.Pinang di Permatang Pauh

16 APRIL: Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden diumumkan untuk bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Afnan Hamimi, 37, sebagai calon parti berkenaan pada majlis pelancaran Gagasan Sejahtera peringkat Pulau Pinang di Markaz Tarbiyah PAS, Pongsu Seribu malam tadi.

Abdul Hadi berkata Afnan Hamimi merupakan calon orang muda yang merupakan Setiausaha Pemuda PAS Pusat dan yakin PAS akan dapat merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh.

PAS pernah memenangi kerusi Permatang Pauh pada 1978.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kini disandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 9:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: