Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS-PKR: Mana boleh duduk serumah kalau dah bercerai?

16 MEI: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sukar untuk mengekalkan kuasanya tanpa sokongan PAS.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, gertakan Menteri Besar Selangor itu terhadap tiga orang exco PAS hanya menjelaskan kelemahan Azmin dalam membuat pendirian.

Namun pada hakikatnya Azmin hanyalah mencari jalan bagaimana cara untuk mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Azmin sebenarnya takut untuk memecat Exco PAS di Selangor dan sekadar membuat gertakan olok-olok dengan memberi amaran kepada tiga orang Exco yang dipanggil bertemu dengan beliau minggu lalu.

“Mustahil Azmin ini berani memecat Exco PAS dan kesannya beliau hanya membiarkan isu ini terus dipolemikkan.

“Keadaan ini juga sebenarnya menunjukkan kelemahan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam membuat pendirian, sekarang ini beliau hanya memikirkan jaminan jawatan yang dipegangnya sekarang ini. Tanpa sokongan PAS, Azmin pasti sukar untuk mengekalkan kuasanya dan membantu kroni-kroninya di Selangor semakin kaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ismail dalam masa yang sama turut menjelaskan PKR dan PAS di Selangor diibaratkan pasangan yang sudah bercerai dan mereka ini sedang melakukan hubungan tidak sah dalam satu pentadbiran kerajaan.

Ini kerana PAS hanya memegang kepada satu alasan yang tepat iaitu mahu meneruskan mandat rakyat semasa pilihan raya lalu dan ia tidak boleh diterima sama sekali.

“Sememangnya ia sangat mengejutkan apabila PAS selama ini sebuah parti yang hebat memperjuangkan hukum dan tatatertib dalam agama Islam, sebaliknya yang berlaku sekarang mereka pula seolah-olah membelakangkan segala prinsip yang mereka pertahankan hanya demi kuasa di negeri Selangor.

“Belum ada kita pernah dengar hukum dalam Islam mana-mana pasangan suami isteri yang sudah bercerai boleh lagi tinggal serumah walaupun tidak tidur bersama lagi, keadaan ini sama lah juga yang sedang berlaku di Selangor sekarang ini.

“Pastinya hubungan haram ini hal ehwal rumah tangga melibatkan isu kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor bakal terjejas,” tambahnya.

Berikutan itu tambah Ismail, beliau menggesa Azmin membuat tindakan segera untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku agar tidak menjejaskan rakyat di Selangor khususnya.

“Sekiranya mereka masih mahu meneruskan hubungan haram ini terima lah akibatnya nanti dimana rakyat Selangor akan membuat penolakan total terhadap mereka semasa pilihan raya umum nanti,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2017 11:08 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: