Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS puji dasar kerajaan Persekutuan

18 MAC: PAS memuji dasar-dasar digubal oleh kerajaan Persekutuan yang banyak membawa kebaikan kepada rakyat.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang berkata penambahbaikan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Dasar yang baik dikekalkan dan yang buruk perlu diperbetulkan.

“Bukan semua yang dilakukan oleh kerajaan membawa keburukan kepada rakyat,” kata Ahli Parlimen Marang itu di Cyberjaya, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis syarahan perdana Hala Tuju dan Pendekatan Sejahtera dan pelancaran manisfesto Gagasan Sejahtera.

Sementara itu, Hadi berkata pihaknya mengulangi pendirian untuk bekerjasama dengan mana-mana parti sekiranya bersetuju untuk menerima tawaran manifesto  berserta 20 syarat yang dikemukakan.

“PAS sebagai penentu dalam kerajaan, kita boleh bekerjasama dgn sesiapa sahaja tetapi lihat sama ada mereka boleh menerima konsep kita,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2018 11:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: