Kategori Berita Utama

PAS salahkan media putar belit kenyataan Hadi

26 DIS: PAS menafikan presidennya membuat kenyataan bahawa hanya pemimpin Melayu dan beragama Islam boleh membarisi kabinet kerajaan Persekutuan.

Menurut Ketua Penerangan parti, Nasrudin Hassan, kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disiarkan Harakahdaily pada 22 Disember lalu didakwa dilaporkan secara salah oleh pengamal media.

“Tiada satu ayat dan huraian pun yang dibuat Hadi dalam menyatakan semua ahli kabinet mestilah terdiri daripada orang Melayu Muslim.

“Sebaliknya PAS menegaskan kepentingan dan keperluan untuk orang Melayu-Islam menjadi teras dalam sistem politik dan struktur pentadbiran negara,” kata Ahli Parlimen Temeloh itu dalam kenyataan, hari ini.

Nasrudin merujuk laporan sebuah akhbar bertajuk “PAS president: All-Malay cabinet members for Malaysia” (Presiden PAS: Ahli Kabinet Melayu untuk Malaysia), dengan perenggan pertama mendakwa Hadi berkata perkara itu memandangkan Melayu adalah majoriti di negara ini.

Menurutnya, kenyataan Hadi berkaitan “ketua negara dan anggota kabinet berakidah Islam daripada bangsa paling berpengaruh” tidak bermaksud untuk semua kementerian, tetapi merujuk kepada kementerian tertentu sahaja.

“Ia berdasarkan kaedah pembahagian kementerian iaitu wizarah al-tafwidh (berkaitan merangka dasar) dan wizarah al-tanfiz (berkaitan pelaksanaan dan pengurusan).

“Di sini jelas mesej penting oleh Hadi adalah Islam sangat terbuka dengan orang bukan Islam sebagai menteri wizarah al-tanfiz, berbanding sistem politik lain yang menerima mereka yang berideologi sama sahaja,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2017 6:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: