Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS Sarawak senarai pendek calon PRK Pujut

11 JUN: PAS Sarawak sudah mempunyai senarai calonnya jika pimpinan pusat membuat keputusan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pujut.

Ketua Penerangannya, Mohammad Afiq Mhd Khazar berkata,  beberapa calon tersenarai itu termasuk bukan Islam dari kelab penyokong parti.

“Kita mahu menawarkan calon terbaik untuk PRK Pujut dan jentera pilihan raya kita sudah bersedia untuk menghadapinya.

“Jika pimpinan pusat membuat keputusan untuk bertanding, kami sudah ada calon untuk ditampilkan,” katanya, Ahad.

Afiq menyifatkan mereka mempunyai peluang di kerusi majoriti pengundi Cina itu walaupun mendapat kurang daripada 500 undi pada pilihanraya negeri tahun lalu.

“Tahun lalu merupakan kali pertama kami bertanding di kerusi majoriti Cina di Pujut.

“Kini terdapat perkembangan baharu dalam masyarakat Cina di Pujut apabila ramai yang sudah bosan dengan DAP dan mungkin mempunyai sentimen yang sama terhadap BN,” dakwanya.

Pada tahun lalu, PAS mempertaruhkan Pesuruhjaya negeri,, Jofri Jaraiee untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Jofri bagaimanapun hanya memperoleh 413 undi dalam saingan empat penjuru, dan tewas di tangan Dr Ting Tiong Choon dari DAP yang memenangi kerusi itu dengan 8,899 undi.

PRK akan diadakan pada 4 Julai berikutan keputusan sidang DUN Sarawak pada Mei lalu yang melucutkan keanggotaan Tiong Choon sebagai ADUN selepas didakwa turut memiliki kewarganegaraan Australia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2017 11:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: