Kategori Berita Utama

PAS sebenarnya serigala akan membaham ulama

7 DIS: PAS yang sebenarnya boleh disifatkan sebagai serigala kerana menentang perjuangan ulama yang ingin meluaskan syiar Islam melalui UMNO.

Perwakilan Kelantan, Ahmad Termizi Musa memberi gambaran itu ketika membahaskan usul agama di Perhimpunan Agung UMNO Sabtu yang mengecan tindakan PAS kerana menggelar ulama ataupun pendakwah yang menyertai UMNO dengan tuduhan tidak wajar.

“Sebagai parti yang mendukung perjuangan Islam, PAS dilihat gagal membawa imej agama dengan baik apabila menentang usaha ulama untuk bersama-sama dalam UMNO.

wakilkelantan

Ahmad Termizi

“PAS sampai hati gelar ulama yang mahu sertai UMNO sebagai serigala, murtad dan sebagainya. Siapa serigala sebenarnya, PAS lah serigala yang sebenar kerana mereka menentang perjuangan Islam,” katanya.

Baru-baru ini, pendakwah bebas Ustaz Mohamad Kazim Elias ditawarkan menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO namun menolaknya ekoran terdapat tohmahan-tohmahan dari puak PAS yang menggelar Ustaz Kazim seperti bakal ahli neraka, anjing, babi dan tuduhan-tuduhan termasuk perumpaan UMNO sebagai serigala yang akan membahamnya.

PAS juga dilihat tergugat dengan pelawaan UMNO terhadap Ustaz Kazim itu.

Dalam masa yang sama, Termizi turut mencadangkan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan Sekolah Menengah Kerajaan Agama (SMKA) khususnya di Kelantan.

Cadangan ini diusulkan ekoran kerajaan negeri Kelantan mengambil pendekatan pendidikan untuk menyebarkan dakyah politik mereka kepada golongan pelajar.

“Di Kelantan, mereka buat sekolah mereka sendiri, di situ mereka ditarbiyahkan untuk mengikuti perjuangan politik mereka.

“Jadi eloklah kiranya jika Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif yang sama untuk menubuhkan SMKA supaya kami ibu bapa senang hati untuk hantar anak ke sekolah,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 December 2013 1:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: