Kategori Berita Utama

PAS Selangor anggap ancaman pertubuhan Kristian tidak serius

7 FEB: PAS Selangor tidak memandang amaran oleh pertubuhan Kristian menerusi blog mereka supaya tidak turut serta bertanding di Kajang dan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman  yang perlu diberi perhatian serius. 

Menurut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad, kenyataan dalam blog Christian United For Malaysia itu merupakan pandangan bukan mewakili semua yang beragama Kristian di Selangor.

“Jadi tidak ada isu dalam perkara ini. Itu pandangan mereka kerana mungkin mereka tidak faham atau tidak tahu situasi sebenar.

malupas “Saya ada jumpa persatuan-persatuan Kristian lain, dan setakat ini mereka faham setelah saya jelaskan keadaan sebenar kepada mereka, dan tidak ada pertikaian,” katanya ketika dihubungi bnbbc.my bagi mendapat penjelasan berhubung isu tersebut.

Dalam blog yang dikendalikan oleh pertubuhan Kristian itu, mereka dengan jelas menempelak PAS ekoran kegagalan parti itu dalam menjaga kebajikan rakyat beragama Kristian di Selangor.

Mereka turut mengecam PAS untuk tidak mengambil bahagian di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac ini sebaliknya mengangkat kepimpinan calon DUN Kajang,  Anwar yang dilihat menjaga kebajikan dan kepentingan penganut agama Kristian.

Kemarahan penganut agama Kristian terhadap PAS ini adalah kerana parti itu gagal membantu dan membela mereka ketika rampasan bible yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bulan lalu.

“Kalau kerana itu, mereka kena faham bahawa JAIS bertindak mengikut arahan MAIS, dan MAIS bertegas untuk tidak memaklumkan apa-apa kepada Kerajaan Negeri, dan mereka juga menafikan hak yang ada pada kerajaan negeri.

“Itu adalah punca kami dilihat seperti tidak membantu mereka,” tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Sementara itu, Adun PAS Meru, Dr Rani Osman pula ketika diajukan soalan yang sama enggan mengulas berkenaan isu pokok sebaliknya menyalahkan UMNO sebagai punca kepada permasalahan ini.

“Sepatutnya perkara ini dijawab oleh (Datuk Seri) Najib (Perdana Menteri), ini tidak sampai ke sekarang dia diam sahaja.

“Ini sebab dia luluskan 10 resolusi pada 2008, lepas dah jadi begini dia diam pula, kalau tidak luluskan dulu tak mungkin jadi begini,” katanya kepada bnbbc.my.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2014 4:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: