Kategori Berita Utama

PAS Selangor sudah berkubur!

29 DIS :  Selepas Iskandar Abdul Samad dilantik Pesuruhjaya PAS negeri yang baru menggantikan Dr Rani Othman, PAS Selangor nampaknya terus membisu.

Jika tidak kerana berita Dr Rani berucap dalam gereja pada sambutan Krismas minggu lalu dan ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang membangkitkan isu kenaikan cukai pihak berkuasa tempatan, sudah tentu ada berfikir PAS Selangor sudah berkubur.

Ataupun, PAS Selangor hanya terus kekal dalam kerajaan campuran parti pembangkang di negeri itu walaupun dapat menambah bilangan kerusi pada PRU lalu?

kuburpas

Jika ahlinya meninggal dunia belum tentu PAS mahu menutup keranda dengan bendera parti

Mungkin ini ada benarnya kerana PAS negeri ridak berbunyi sepatahpun dengan kenyataan Pengarang mingguan Katolik, Herald, Father Lawrence Andrew yang bertegas mahu terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu di Selangor.

Andrew menggunakan alasan  Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.

Baginya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS selaku badan PASpenguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.

Kedegilan paderi itu juga menidakkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai penggunaan kalimah ALLAH.

Ianya turut bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada Orang Islam) 1988.

Enakmen itu turut melarang bukan Islam di negeri ini menggunakan 35 perkataan Arab termasuk ALLAH, Nabi, Injil dan Insya-ALLAH.

iskandarsamad

Iskandar membisu selepas dilantik Pesuruhjaya PAS Selangor

Pada 14 November lalu, Sultan Sharafuddin bertitah penggunaan kalimah ALLAH dalam bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta.

Malah, beliau turut menghina Keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu yang menyatakan Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan kenteteraman awam.

Peguan Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengeluarkan kenyataan amaran bahawa pihak yang mempertikai keputusan itu dianggap menghina mahkamah.

Kenyataan terbaru Andrew itu juga dikecam banyak pihak termasuk NGO Islam dan UMNO Selangor kerana mencabar enakmen dan menghina Sultan. 

Mereka mendesak paderi tersebut menarik semula kenyataan itu serta memohon maaf secara terbuka dalam masa seminggu.

Rani berucap disaksikan Pastor Moses

Dr Rani walaupun bukan Pesuruhjaya lagi tetapi masih hebat berucap di gereja

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut didesak menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun Khalid juga seperti PAS Selangor terus membisu dengan kenyataan Andrew.

Jika Khalid masih terlena memikirkan keseronokkan kenaikan gajinya yang tinggi, adakah Iskandar yang juga Adun Chempaka turut berkhayal dengan pertambahan gaji Exco dan Adun hingga tidak berani buka mulut mempertahankan kalimah ALLAH?

Mungkin juga PAS Selangor hanya tinggal nama sebagai Parti Islam SeMalaysia atau sudahpun berkubur.

Dr Rani yang digugurkan daripada jawatan P:esuruhjaya PAS Selangor tentu senang hati kerana Iskandar yang dipilih menggantikannya juga dua kali lima dengannya hanya anggap PAS sebagai parti bukan mempertahankan perjuangan Islam.  

Ini kerana Dr Rani sendiri membenarkan PAS dikuburkan apabila bendera PAS digunakan untuk  menutup keranda seorang India penyokong parti itu minggu lalu–bnbbc.my 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 December 2013 10:02 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: