Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS sokong Khalid selesai isu air

2 MAC: Ketika ada pemimpin PKR mempertikai tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili bagi menyelesaikan kemelut isu air di Selangor, PAS bangkit menyokongan keputusannya itu.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS, Ahmad Zamri Asaad  Khuzaimi berkata, pengambil alihan pengurusan air oleh kerajaan negeri Selangor akan membolehkan warga kota Kuala Lumpur dan Putrajaya turut menikmati kemudahan air percuma selepas proses itu siap sepenuhnya.

MoU Sngor-Pjaya“Kejayaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuka lembaran baru bagi pentadbiran yang telus, amanah dan bersih di negeri Selangor.

“Dengan kemelut isu air yang tidak berkesudahan, pengambil alihan syarikat konsesi air ini dapat memastikan tiada lagi permasalahan yang timbul yang mungkin disengajakan bagi membangkitkan keresahan dan kemarahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Jelasnya, kemudahan-kemudahan seperti ini sangat diperlukan bagi meringankan bebanan hidup rakyat dengan kenaikan kos hidup yang semakin tinggi sekarang ini.

Justeru itu, beliau berpendapat sudah tiba masanya kerajaan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan melebihi kepentingan parti dan perbezaan politik.

“Dengan demikian, semua rakyat mendapat manfaat sekiranya pemimpin negara mampu bermuafakat dan duduk semeja menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya menyeru agar kerajaan negeri-negeri lain mencontohi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Aspek kebajikan rakyat menjadi keutamaan lebih dari kepentingan peribadi dan sentimen politik kepartian semata-mata,” ujarnya.

Menteri Besar Selangor itu beberapa hari lalu menandatangani Mou dengan kerajaan Pusat bagi menyelesaikan kemelut pembinaan Langat 2 dan sebagai timbal balas, Selangor mempunyai hak menguruskan konsesi air

Bagaimanapun, tindakan Khalid tidak disenangi pemimpin PKR termasuk Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim.  – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 March 2014 6:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: