Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS tercabar dengan cita-cita Anwar Ibrahim

17 MEI: PAS mendakwa Pakatan Harapan (PH) mewarisi kerakusan BN kerana mahu merampas Kelantan dan Terengganu daripada parti itu.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, walaupun PRU15 masih jauh dan PRU14 baharu sahaja berakhir, parti kerajaan itu kelihatan tidak sabar.

“Mulanya saya turut teruja mengikuti ucapan sulung Ketua Umum PKR selepas dibebaskan, namun saya tersentak apabila mendengar komitmen beliau untuk menawan Kelantan dan Terengganu pada pusingan akan datang.

“Selepas membilang satu persatu negeri yang berjaya ditawan PH, kemudiannya Anwar menyebut Kelantan dan Terengganu akan ditawan kelak untuk menyempurnakan kepuasan dan keseronokan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu pada awalnya tumpang gembira atas kemenangan PH menumbangkan BN, tetapi semalam beliau menyatakan rasa tercabar dengan kenyataan Anwar.

“Jika itu tekad mereka, maka kami tetap akan bangkit mempertahankan Kelantan dan Terengganu serta menyelamatkannya dari menjadi mangsa rakus BN 2.0 ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 1:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: