Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pasangan dicekup hisap syabu depan anak

7 MAC: Sepasang suami isteri berusia 46 dan 37 tahun tergamak mengambil dadah jenis syabu di depan enam anak mereka.

Perbuatan tidak bermoral pasangan itu terbongkar apabila ditahan dalam operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di Teluk Kumbar awal pagi tadi.

Laporan sebuah portal berita menyebut pasangan berkenaan sedang khayal ketika ditangkap.

Perbuatan tidak bermoral itu, dilakukan di depan ruang tamu rumah bersama anak-anak yang berusia lapan hingga 19 tahun

Penolong Pengarah Cawangan Penguatkuasaan AADK Pulau Pinang, Ibrahim Muhamad Said berkata pasangan terbabit antara tujuh individu yang ditahan dalam operasi sejak tengah malam tadi.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan 1983),” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 March 2018 5:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: