Kategori Berita Utama

Pasangan Malaysia di Sweden bukan taraf diplomatik : Hamzah

19 MAC: Pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden atas tuduhan mendera seorang anak mereka tidak mendapat taraf diplomatik menyebabkan mereka gagal mendapat kelebihan imuniti di negara itu, kata Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin. 

Menurut beliau, pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, Azizul Raheem Awaluddin tidak diiktiraf sebagi pegawai diplomatik oleh kerajaan Sweden menyebabkan beliau dan isterinya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan tersebut. 

“Sama ada kedudukan PTD patut diberikan imuniti, saya nak jelaskan disini, bahawa dalam mana-mana wakil misi yang kita tubuhkan di seluruh negara di luar sana, bukan semua pegawai kita mendapat kedudukan taraf diplomatik,”

ibubapasweden“Ini terpulang kepada negara tersebut, kalau kita di Malaysia, mana-mana kedutaan yang ingin menubuhkan misi mereka di sini, mereka akan mengemukakan nama-nama pegawai, dan kita melihat kedudukan pegawai-pegawai dan kita lihat mana yang boleh untuk mendapat status diplomatik,” katanya di Dewan Rakyat, Rabu.

Katanya, ketika Azizul berada di Afrika Selatan, negara itu memberi taraf diplomatik,  tetapi apabila beliau bertukar ke Sweden, tarafnya berbeza, kerana Sweden tidak memberikan taraf diplomatik kepada pegawai pelancongan.

“Ini menimbulkan masalah kerana dia tidak dapat imuniti. Bagaimanapun sekarang kita sedang berusaha untuk negara Sweden mengiktiraf pegawai pelancongan kita sebagai pegawai yang boleh diberikan taraf diplomatik,” katanya. 

Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa

Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Luar

Hamzah…hantar peguam

berkenaan kelebihan imuniti bagi pegawai-pegawai kerajaan yang berkhdimat di luar negara. 

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, mana-mana pegawai yang berkhidmat di luar negara bakal tertakluk dengan sistem perundangan negara tersebut. 

Sebagai satu inisiatif dari pihak kerajaan, pegawai-pegawai penasihat dan perundangan Malaysia akan dihantar bagi menjelaskan dan memberi pencerahan kepada pegawai yang berkhidmat selain di Malaysia berhubung sistem perundangan negara luar. 

“Kerajaan walaupun tidak boleh masuk campur, kita bagi bantuan terhadap pegawai itu dengan  menghantar peguam-peguam kita bagi menasihati mereka yang berdepan masalah ini,” jelasnyai. 

Azizul dan pasangannya Shalwati Nurshal ditahan pihak berkuasa Sweden kerana dituduh mendera salah seorang anak lelakinya yang berusia 12 tahun kerana tidak menunaikan solat pada 18 Disember lalu. 

Azizul bekerja di Sweden sejak tga tahun lalu dan berkhidmat dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sejak 2000. -bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2014 12:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: