Kategori Berita Utama

Pasangan Malaysia didapati salah dera anak dihukum penjara

28 MAC : Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat.
Mahkamah juga menetapkan bahawa Shalwati Norshal, 46 dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin, 38, itu perlu membayar ganti rugi terhadap anak-anak mereka.
Ibu kepada empat orang anak, Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya.
Malah Shalwati juga bersalah menyakiti dua lagi anak lelakinya.
ibubapaswedenSementara itu bapa mereka, Azizul Raheem Awalluddin dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya.
Azizul bagaimanapun dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.
Pasangan itu dituduh memukul anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, tujuh tahun.
Sebelum ini perbicaraan mereka mengambil masa 11 hari yang menyaksikan hujah daripada kedua-dua peguambela dan pendakwa.
Pendakwa kes itu, Arnell menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada pasangan ini iaitu hukuman penjara selama dua tahun setengah kepada Shalwati dan dua tahun bagi Azizul.
Malah beliau juga mencadangkan supaya pasangan itu diusir dari Sweden selepas menjalani hukuman.
Bagaimanapun peguambela Kristofer dalam hujahnya agar hukuman khidmat masyarakat sahaja yang dikenakan Sweden4Schoolkepada pasangan tersebut .
Mahkamah juga sebelum ini memerintahkan mereka kekal dalam tahanan sementara menunggu keputusan diumumkan.
Hakim Daerah Mattias Möller memutuskan bahawa Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya Shalwati Norshal berisiko melarikan diri, dengan itu mereka perlu kekal dalam tahanan.
Shalwati dan Azizul ditahan pihak berkuasa Sweden sejak pertengahan Disember lalu, kerana memukul seorang anak mereka yang enggan bersolat.
Malah Shalwati ketika perbicaraan mengaku tegas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dalam mendisplinkan anak-anaknya.
Namun, tidak pernah melanggar integriti mereka seperti yang didakwa.
Manakala Azizul pula berkata, dia memukul anak-anaknya kira-kira dua sehingga tiga kali dalam setahun sebelumnya ketika keluarganya masih berada di Malaysia dan Afrika.
Memukul anak samada di rumah atau di sekolah diharamkan di Sweden, negara pertama di dunia yang mengharamkan apa-apa bentuk hukuman fizikal ke atas kanak-kanak.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 March 2014 8:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: