Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pasar Raja Bot tingkatkan imej KL, Chow Kit

21 MAC: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi jaminan dengan selesainya projek pembangunan Pasar Raja Bot di Chow Kit akan datang dapat memastikan keadaan kawasan berkenaan lebih terurus dan tersusun.

Projek yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Perbadanan Kampong Bahru (PKB) itu sekaligus akan menaikkan imej Kuala Lumpur.

“Kawasan Chow Kit itu termasuk di dalam program Blueprint Kuala Lumpur melibatkan tiga kawasan iaitu Bukit Bintang, Jalan Petaling dan Chow Kit.

“Pasar Raja Bot dalam masih dalam pembangunan, pembaikan dan usaha menaik taraf. Memang benar ada sedikit ketara masalah imej di Chow Kit, namun selepas selesai pembangunan kita akan pastikan keadaan akan terurus dan terjaga,” kata Tengku Adnan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Parlimen pada Selasa.

Pembangunan semula Pasar Raja Bot yang juga dikenali sebagai Pasar Chow Kit apabila siap kelak mampu menangani kemudahan kawasan Segi Tiga Emas ibu kota dari segi kemudahan infrastruktur.

Pasar yang bakal berwajah baharu itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan persekitarannya, terutama pembangunan semula Kampung Baru.

Projek yang bermula sejak 8 Mei lalu dan dijangka siap pada Oktober 2017 kini giat dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui kerjasama Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB).

Melibatkan kos pembinaan kira-kira RM200 juta meliputi keluasan 48,032 meter persegi, pasar serba moden itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 1,527 peniaga dan pengunjung selain kawalan harga barang terbaik dan menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 March 2017 12:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]