Kategori Berita Utama

Pastikan Wan Azizah jadi MB kalau PKR perjuang hak wanita: Noh

27 MAC : Ahli parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh dicabar memastikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar wanita pertama jika benar parti itu memperjuangkan hak wanita.

“Wan Azizah dah diumumkan menang di Kajang. Sekarang perjuangkanlah dia menjadi wanita pertama Menteri Besar. Perjuangkanlah kita tengok. Lagipun dia Presiden PKR… nak perjuang sangat, pejuangkanlah sekarang,” cabar Datuk Seri Noh Omar.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu membuat cabaran tersebut kerana tidak puas hati Fuziah mempertikai hak bersuara 30 peratus wanita di Dewan Rakyat.

Fuziah yang juga Naib Ketua Wanita PKR ketika mencelah penggulungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh timbalan menteri, Datuk Azizah Mohd Dun mendakwa hak wanita dinafikan termasuk di parlimen.

nohomar2

Noh…BN dulu letak calon wanita

Beliau turut mengeluarkan fakta kajian yang dakwanya dilakukan dan diakui oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB.

Kata Noh, Barisan Nasional (BN)  yang terlebih dahulu meletakkan calon wanita dan mengekalkan keputusan itu sehingga ke hari penamaan calon di Kajang.

Ini berbeza dengan pembangkang yang menukar calon di saat akhir selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk bertanding apabila didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan.

Malah kata Noh, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin yang pada mulanya memperlekehkan BN kerana memilih calon wanita akhirnya terpaksa menanggung malu apabila partinya sendiri meletakkan calon wanita juga.

fuziah

Fuziah…bangkit isu hak wanita

Beliau menyifatkan pembangkang termasuk PKR parti yang ‘cakap tak serupa bikin’ kerana Fuziah bercakap menggunakan teori sedangkan partinya sendiri tidak mengamalkan sistem yang perjuangkan hak wanita dan seolah-olah menghina serta memperlekehkan wanita,

Sebelum itu, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Norani Ahmad turut menyindir Fuziah ekoran tindakan PKR mencalonkan Wan Azizah pada PRK DUN Kajang.

norainiahmad

Noraini..sindir Fuziah

“Bukannya bila lelaki dah tak boleh barulah nak letak wanita, itu memang tak bolehlah. Bila dah tidak ada ruang, tidak ada masa baru nak letak wanita. Itu semua orang pun tahu apa berlaku di Kajang,” kata bekas Ketua Puteri UMNO itu.

Azizah dalam jawapannya menegaskan kementeriannya tidak pernah berhenti memperjuangkan hak wanita, malah menggalakkan jika kuota itu ditingkatkan.

Malah katanya jika mahu lebih banyak suara wanita di dalam Dewan, parti masing-masing perlulah meletakkan lebih ramai calon bertanding tidak kira bagi parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

“Selepas dipilih sebagai Adun bukan sahaja wakil kepada wanita tetapi perlu mejadi wakil untuk rakyat,” katanya Azizah menggulung usul menjunjung kasih titah Agong di Dewan Rakyat.-.bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 12:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: