Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pasukan khas polis awasi masjid dan gereja

28 JAN: Satu pasukan khas terdiri daripada 73 pegawai kanan dan 210 anggota ditubuhkan oleh polis Pulau Pinang bagi memantau keselamatan semua masjid dan gereja di negeri itu susulan tindakan membaling ’bom buatan sendiri di pekarangan sebuah gereja pada Isnin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, langkah berkenaan bagi mengelakkan tercetus insiden tidak diingini di kawasan masjid dan gereja, selain bertanggungjawab menjaga keamanan serta keharmonian pelbagai kaum dan agama di negeri itu terus terpelihara.

Pasukan Khas

Pasukan Khas polis 73 pegawai kanan dan 210 anggota awasi masjid dan gereja di Pulau Pinang ditubuhkan

“Syukur semalam tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku dan setakat ini sudah ada 16 laporan yang dibuat berhubung isu kain rentang yang digantung di gereja serta tindakan membaling molotov cocktail atau bom botol.

“Tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan dan satu kertas siasatan di bawah Seksyen 436/511 Kanun Keseksaan berhubung kes membaling molotov cocktail,” kata beliau.

Setakat ini polis telah menjalankan 40 peratus siasatan dan telah mengambil sembilan keterangan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil kelulusan polis bantuan Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB) di Georgetown, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Isnin, Gereja Assumption di Lebuh Farquhar, Georgetown, diserang dua biji bom buatan sendiri.

Bom berkenaan dibaling ke kawasan lapang gereja itu kurang 24 jam selepas kain rentang mengandungi kalimah Allah digantung di luar gereja tersebut

Dua pemuda bermotosikal dipercayai terbabit dalam kejadian itu.-bnbbc.my

Dua kain rentang yang mencetuskan provokasi yang digantung di luar Gereja Assumption, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang.

Dua kain rentang yang mencetuskan provokasi yang digantung di luar Gereja Assumption, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 January 2014 3:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: