Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAU 2017: Hospital mini PiCOMS beri rawatan awal

6 DIS: Orang ramai terutamanya ahli UMNO yang mengalami gangguan kesihatan boleh mendapatkan rawatan awal yang disediakan di sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS) telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan unit kesihatan sepanjang lima hari PAU berlangsung.

Sukarelawan PICOMS sedang membantu merawat seorang perwakilan Puteri UMNO. Hospital mini PICOMS ini didirikan khusus untuk membantu para perwakilan media dan orang ramai yang mengalami masalah kesihatan sepanjang PAU 2017

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS Datuk Dr Mohd Zubir Sheikh Saad, pihaknya menyediakan sebuah ‘hospital mini’ yang dilengkapi dengan 12 buah katil dan peralatan perubatan yang secukupnya.

“Kita menyediakan rawatan awal seperti sesak nafas, athma, tekanan darah tinggi, dan sebagainya di zon pesakit luar.

“Mereka boleh dapatkan ubat dan diberi rawatan atau yang serius kita akan hantar ke hospital yang berdekatan untuk diberikan rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai juga boleh melakukan pemeriksaan kesihatan mereka di kiosk bergerak PICOMS yang disediakan di setiap tingkat program PAU diadakan.

“Bolehlah datang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan seperti periksa tekanan darah, melakukan ujian darah menentukan penyakit kencing manis, ujian kolestrol dan juga mengetahui BMI diri masing-masing.

“Yang mana yang perlu ditahan, kita akan berikan ubat dan rehat lebih kurang sejam di wad yang kita sediakan,” jelasnya yang bangga kerana PICOMS dapat membantu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya penjagaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS Datuk Dr Mohd Zubir Sheikh Saad

Katanya lagi, seramai kira-kira 80 kakitangan PICOMS yang terdiri daripada 18 orang doktor bergilir-gilir dalam dua syif tugasan bagi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan itu.

“Sambutan pemeriksaan kesihatan amat menggalakkan dan dijangka bertambah apabila tiba pada hari kemuncaknya.

“Setakat ini hanya seorang telah kita hantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut kerana menghadapi masalah athma yang kronik,” jelasnya yang mengakui berbangga inilah kali pertama PICOMS diberikan peranan besar pada PAU.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2017 5:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: