Kategori Berita Antarabangsa

PBB: Hospital di Gaza hanya bertahan 10 hari

6 FEB: Bahan api untuk penjana kecemasan untuk hospital dan sanitasi di Gaza beroperasi hanya mampu bertahan 10 hari lagi, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kekurangan bekalan itu berpunca daripada pertelingkahan antara Hamas yang mentadbir wilayah ini dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.

Laporan Reuters menyebut penjana kuasa berhenti operasi di tiga daripada 13 hospital dan 14 daripada 54 pusat perubatan, kata Ashraf Al-Qidra, jurucakap dilantik Hamas untuk Kementerian Kesihatan di wilayah berkenaan.

Di Hospital Durra untuk Kanak-Kanak di Bandar Gaza yang biasanya merawat sehingga 180 pesakit sehari, majoriti daripada 90 katilnya kosong.

Doktor berkata, bahan api habis seminggu lalu dan perkhidmatan di kemudahan itu beroperasi secara minimum.

“Kami bekerja dalam situasi penyelamat nyawa,” kata Pengarah Hospital, Majed Hamada.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) di wilayah Palestin berkata bahan api kecemasan untuk kemudahan kritikal di Gaza ‘akan kehabisan dalam tempoh 10 hari lagi.

Katanya, perkhidmatan kecemasan dan diagnostik, unit jagaan rapi dan dewan pembedahan berisiko termasuk operasi 55 kolam kumbahan, 48 loji penyulingan air dan kemudahan kutipan sisa pepejal.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2018 11:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: