Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PBS kekal setia bersama BN

19 MEI: Parti Bersatu Sabah (PBS) sentiasa setia dengan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan meninggalkan parti induk itu untuk menyertai pembangkang, kata Pemangku Presidennya, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Katanya jika ada dakwaan kononnya PBS sanggup keluar daripada BN untuk bersama-sama parti lain, iaanya adalah mengarut kerana parti itu akan terus berjuang bersama kerajaan sedia ada.

Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata Kerajaan Persekutuan BN lebih baik dan konsisten membantu rakyat dan membangunkan negara.

“BN adalah platform terbaik untuk membantu rakyat.

“BN ikhlas dan mempunyai rekod baik. PBS mahu terus berjuang bersama-sama BN,” katanya di Tawau Sabah, hari ini.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 5:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]