Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PBSM sedia air bersih untuk penduduk Kelantan

11 FEB: Sebagai sebahagian daripada program pemulihan banjir di Kelantan, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia menempatkan sebuah unit rawatan air bersih di Gua Musang untuk menyediakan air bersih kepada mangsa banjir.

Unit rawatan air itu, yang diwujudkan oleh Air dan Sanitasi (Watsan) Pasukan Respons Bencana Serantau serta sukarelawan PBSM, akan memberi manfaat kepada 110 keluarga di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

pbsm tunku shahrimanPengerusi kebangsaan PBSM Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman berkata unit rawatan air itu mempunyai keupayaan menghasilkan 5,000 liter air sejam.

“(Setakat ini) kira-kira 15,000 liter air bersih telahpun diagihkan kepada keluarga di Pasir Tumboh,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PBSM di Kuala Lumpur, Rabu.

Selain itu, katanya, PBSM akan turut melaksanakan program rawatan air serupa di tiga buah kampung lagi iaitu Kampung Aur Duri, Kampung Dusun Nyiur dan Kampung Keluat di Gua Musang.

Tunku Shahriman berkata PBSM akan menyediakan lapan buah kabin sementara dilengkapi perabot kepada lapan keluarga terjejas di Kampung Panjang, Tanah Merah bulan ini, yang ditaja AIA Public Takaful.

Setakat ini, PBSM menerima sejumlah RM4.5 juta daripada pelbagai penaja untuk aktiviti bantuan pasca banjir.

Pada majlis hari ini, MRC menerima replika cek RM180,000 daripada Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia bagi tujuan sama.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 6:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: