Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PDRM kenalpasti akaun Facebook rekrut militan

13 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenalpasti sebahagian daripada 3,871 pemilik akaun Facebook yang disyaki merekrut ahli serta menyebarkan fahaman Daesh menerusi media sosial di negara ini.

Mengulas perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (foto) berkata sebahagian suspek dikenalpasti untuk diambil tindakan dan selebihnya sedang dipantau menerusi Pusat Tindakan Mesej (Counter Messaging Centre-CMC).

“Ini adalah satu kejayaan luar biasa dicapai PDRM yang akan membuat pemantauan berterusan secara serius.

“Malah pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan akan menangani isu berkaitan akan memantau dalam media sosial Facebook sama ada aktiviti penyebaran dan pengrekrutan itu dibuat secara berkumpulan atau dari luar negara,” katanya di Bukit Aman, ibu kota hari ini.

Terdahulu,Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat memberitahu Dewan Rakyat pada hari ini bahawa sebanyak 3,871 akaun Facebook sedang dipantau oleh CMC polis sebagai menjawab soalan tambahan pertanyaan lisan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 5:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: