Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PDRM masih tunggu siasatan polis Hong Kong

7 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu proses siasatan pihak berkuasa Hong Kong selesai sebelum mengekstradisi enam rakyat Malaysia yang ditahan susulan disyaki menyeludup  masuk dadah ketamin ke negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sudah berhubung dengan polis wilayah itu, tetapi masih belum menerima sebarang jawapan berkaitan siasatan kes berkenaan.

Enam rakyat Malaysia ditahan oleh pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong selepas disyaki menyeludup dadah ketamin bernilai HK$3.9 juta (RM2 juta).

“Penahanan dibuat oleh pihak kastam dan mereka menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam proses siasatan mereka di sana, namun polis sudah memohon untuk mendapatkan perincian kes terbabit, namun masih belum terima sebarang maklum balas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Tabung Prihatin Pengaman anjuran Yayasan Pengaman Malaysia di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di ibukota, hari ini.

Rabu lalu, enam rakyat Malaysia yang masuk sebagai pelancong ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana cuba membawa masuk dadah bernilai RM2 juta.

Lebih lapan kilogram dadah disyaki ketamin ditemui dilekat pada badan mereka.

Siasatan awal pihak berkuasa negara itu mendapati dadah itu adalah untuk pasaran Hong Kong.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 6:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]