Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PDRM nafi keluar kenyataan rampas jam tangan RM80j

13 JUN: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menafikan polis ada mengeluarkan kenyataan berhubung rampasan jam-jam tangan bernilai RM80 juta seperti dilaporkan sebuah akhbar bahasa Cina.

Bagaimanapun,  beliau tidak mengesahkan sebarang nilai rampasan yang dibuat pihaknya dalam siri operasi mencari di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara, baru-baru ini.

“Saya tidak mahu komen dan untuk pengetahuan, saya tidak mengeluarkan kenyataan mahupun pengesahan seperti yang dilaporkan akhbar itu,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani, hari ini.

Laporan yang dikeluarkan oleh akhbar itu semalam menyatakan sejumlah 433 utas jam tangan dianggarkan bernilai RM80 juta ditemui dalam 37 beg yang dirampas dari kondominium yang dipercayai milik seorang bekas pemimpin negara.

Laporan surat khabar itu turut dipetik berkata, hasil penilaian ke atas jam tangan tersebut oleh pakar menganggarkan kesemuanya mencecah RM80 juta.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 9:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: