Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pecat ADUN Pujut: DAP bakal ambil tindakan undang-undang

13 MEI: DAP akan mengambil tindakan undang-undang, susulan pemecatan wakil rakyat parti itu, Dr Ting Tiong Choon oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mendakwa tindakan DUN Sarawak itu adalah berbaur politik selain menunjukkan penyalahgunaan kuasa mutlak oleh Barisan Nasional (BN).

“Perkara ini sudah dibawa ke mahkamah oleh calon BN yang kalah ketika itu, dan mahkamah sudah menolak kes berkenaan.

“Tetapi apabila DUN Sarawak pula buat keputusan yang membelakangkan mahkamah, ia satu detik sejarah yang tidak pernah berlaku.

“Kita akan lawan di mahkamah dan saya juga sudah arahkan DAP Sarawak untuk siap sedia dengan pilihan raya,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Projek Pengasingan Sisa anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Air Putih pagi tadi.

Semalam, Sidang DUN Sarawak memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut selepas didakwa turut memegang kewarganegaraan Australia.

Usul pemecatan Dr Tiong Choon dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh, dan disokong oleh 70 ADUN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 May 2017 1:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: