Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pegawai Guan Eng ditampar depan masjid

26 MEI: Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, ditampar peserta himpunan aman membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu fatwa di Masjid Simpang Enam, Georgetown, 2.30 petang ini.

Himpunan aman itu bertukar kecoh apabila dikatakan Zaidi cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Mohamed Hafiz ketika itu sedang menyampaikan ucapan.

Tindakannya itu dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka yang berang menampar mukanya secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal anggota polis cawangan khas (SB) yang berada di lokasi kejadian.

Perhimpunan itu kemudian berjaya disuraikan secara aman pada 2.40 petang.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 May 2017 6:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: