Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pegawai kanan Bukit Aman dituduh terima rasuah RM21,000

18 FEB: Dua lelaki, termasuk seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dituduh meminta dan menerima suapan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Selasa.

DSP Nik Azainoon Nik Aziz, 52 dituduh melakukan melakukan dua kesalahan meminta dan menerima rasuah membabitkan suapan berjumlah RM 21,000.

DSP ambik rasuah padam rekod jenayahBagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah secara rasuah bersetuju menerima suapan sebanyak RM10,000 pada 5 November 2008.

Bagi pertuduhan kedua, Nik Azainoon didakwa bersubahat dengan Roslan Jali untuk menerima suapan wang tunai berjumlah RM4,000 di antara 6 hingga 30 November tahun yang sama.

Manakala pada 4 Februari 2009 Nik Azainoon didakwa bersubahat dengan Roslan untuk menerima sejumlah RM7,000 lagi.

Sementara itu Roslan, 47, turut berdepan dua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai RM4,000 daripada Che Ayub Cik Senik bagi pihak Nik Azainoon diantara 6 hingga 30 November 2008.

Manakala dalam pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah menerima bagi pihak Nik Azainoon suapan wang tunai RM7,000 daripada orang yang sama pada 4 Februari 2009.

Kesalahan pertama didakwa dilakukan di sebuah restoran di Jalan Dagang, Ampang, manakala kesalahan kedua di Bandar Baru Petaling, Selangor.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) Akta yang sama.

Semua wang suapan itu diterima daripada Che Ayub sebagai balasan menghilangkan rekod kesalahan jenayahnya yang telah ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan ‘black money’.

Nik Azainoon yang kini sedang digantung tugas dan hanya menerima separuh gaji tidak diwakili peguam manakala Roslan diwakili peguam, Dato’ Hakimi Abd Kadir.

Hakim M Bakri Majid membenarkan Nik Azainoon dan Roslan diikat jamin dengan bon jaminan masing-masing RM10,000 dan RM7,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula kes 12 Mac ini.

Jika sabit kesalahan kedua-dua  tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2014 6:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: