Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pegawai KDN sedia berdepan pihak pertikai bukti Syiah

16 DIS : Penolong Setiausaha bahagian keselamatan dan ketenteraman awam KDN, Zamihan Mat Zain sedia berdepan individu yang tidak berpuas hati ataupun mempertikai usaha dilakukan KDN dalam mengekang penyebaran fahaman Syiah.

Katanya, sediakan tempat berhujah sama ada secara muzakarah mahupun perdebatan demi mencari kebenaran berhubung itu tersebut.

zamihanmatzain

ZAMIHAN..tak gentar

“Saya tidak gentar sama sekali kerana apa yang dilakukan adalah perjuangan untuk mempertahankan akidah umat Islam yang berpegang kepada ahli Sunnah wal Jamaah di negara ini,” ujar Zamihan dalam kenyataan media, Isnin.

Beliau sebelum ini mendedahkan, selain 10 bukti membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan Syiah, KDN ada lagi bukti-bukti dikategori Gred A yang akan didedahkan kepada umum jika perlu bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

 

 

Berikut kenyataan penuh beliau.
1. Sehari dua ini ada beberapa tokoh agama termasuk bekas mufti mengambil kesempatan memfitnah saya selepas Kementeria Dalam Negeri (KDN) mendedahkan pembabitan pemimpin politik dengan kegiatan Syiah di negara ini.

2. Saya percaya tokoh agama itu tidak berpuas hati disebabkan beberapa perkara lampau beliau dengan saya dalam hal perselisihan membabitkan agama.

3. Bagi saya, sebagai seorang agamawan yang turut dihormati oleh parti politik di negara ini, beliau tidak sepatutnya memfitnah saya tanpa mempunyai sebarang asas apatah lagi selepas pendedahan dilakukan KDN.

4. Saya sedia bersemuka dengan mana-mana individu yang tidak berpuas hati ataupun mempertikai usaha dilakukan KDN dalam mengekang penyebaran fahaman Syiah sama ada secara muzakarah mahupun perdebatan demi mencari kebenaran.

5. Sediakan tempat untuk berhujah saya sedia menyertai dan tidak gentar sama sekali kerana apa yang dilakukan adalah perjuangan untuk mempertahankan akidah umat Islam yang g ahli sunnah wal jamaah di negara ini.

6. Saya rasa sebagai agamawan, tidak perlu sesorang itu melontarkan fitnah jika tidak berpuas hati, sebaliknya perlu bertemu dan berhujah jika ada sebarang kesangsian.

Zamihan Mat Zain
Penolong setiausaha bahagian keselamatan dan ketenteraman awam KDN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 December 2013 12:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: