Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pegawai khas menteri dibebaskan selepas enam hari

14 JAN: Seorang pegawai khas menteri yang ditahan reman sejak 6 hari lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian tender kontrak pembersihan sebuah kementerian dibebaskan jam 11 pagi Selasa.

Turut dibebaskan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang juga ditahan reman oleh SPRM bagi mmembantu siasatan kes yang sama.

Kedua-dua mereka yang berusia 44 dan 48 tahun itu selepas tempoh lanjutan tahanan reman dua hari yang dipohon SPRM pada Ahad tamat hari ini.

Mereka pada mulanya direman selama empat hari sebelum SPRM memohon tempoh lanjutan.

Pegawai khas menteri, ahli perniagaan bergelar 'Datuk' serta seorang wanita bekerja sebagai setiausaha ketika ditahan reman oleh SPRM pada Khamis lalu.

Pegawai khas menteri, ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ serta seorang wanita bekerja sebagai setiausaha ketika ditahan reman oleh SPRM pada Khamis lalu.

Pegawai khas menteri serta ahli perniagaan terbabit bersama seorang wanita yang memegang jawatan setiausaha ditahan oleh SPRM pada Khamis lalu.

Wanita berusia 33 tahun terbabit pula hanya direman tiga hari dan dibebaskan Sabtu lalu.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a) (B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana dipercayai terbabit memberi dan menerima wang suapan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 January 2014 5:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: