Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pegawai RISDA direman 5 hari

5 APRIL: Seorang Penolong Pegawai Pertanian Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) direman lima hari, mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakannya melantik isterinya menjalankan kerja penanaman semula pokok getah di Ulu Muar, Kuala Pilah, dekat sini, membabitkan nilai bernilai RM18,999.56.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nurhayatie Mohd Saini sebaik dikemukan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Riduan Kadri.

Lelaki berusia 47 tahun sebelum itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Sembilan jam 5.25 petang, semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Sumber SPRM berkata, lelaki berkenaan dipercayai mencadangkan nama isterinya untuk menjalankan kerja penanaman getah menerusi Skim Bantuan Tanam Semula yang dilaksanakan RISDA di atas tanah berkeluasan antara satu hingga dua hektar itu bermula tahun lalu.

“Bertindak atas aduan diterima, pihak SPRM melancarkan Ops RISDA dan memanggil suspek ke pejabat. Dia yang memberikan keterangan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Ramli Ismail dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 April 2018 2:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: