Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pegawai SPRM direman 3 hari

10 JUN: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman tiga hari bagi membantu siasatan kes memeras ugut anggota polis.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit kira-kira pukul 11 pagi di sini hari ini.

Dalam operasi khas malam tadi, suspek yang berusia 37 tahun dan bertugas di Unit Risikan ibu pejabat SPRM Putrajaya diberkas di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Machang Bubok di sini dan polis turut merampas wang tunai RM3,000 dan dua kelongsong peluru 9mm daripada suspek.

Suapek dipercayai bertindak memetas ugut anggota polis dengan menetapkan bayaran RM3,000 setiap bulan bagi mengelakkan risiko ditangkap oleh SPRM.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) , Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd Hamid berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan diserahkan kepada ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kerana difahamkan terdapat mangsa di beberapa daerah lain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 June 2017 1:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: