Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pegawai TUDM didakwa di Mahkamah Tentera kerana isu dakwat kekal

6 FEB: Seorang pegawai Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Mejar (U) Zaidi Ahmad akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera TUDM di Pangkalan Udara Kuala Lumpur pada Jumaat atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) Mei lalu.

Mejar (U) Zaidi Ahmad Pegawai TUDM

Mejar (U) Zaidi Ahmad
Pegawai TUDM

Zaidi, seorang juruterbang pesawat pejuang memaklumkan kepada media beliau menerima perintah Mahkamah Tentera semalam dan perlu hadir di Kompleks Mahkamah TUDM di Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok.

Lima daripada pertuduhan ke atas beliau adalah di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta yang sama.

Seksyen 50(2) adalah berkaitan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun.

Manakala Seksyen 51 pula mengenai kesalahan tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada kesalahan yang didakwa dilakukan Zaidi pada 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Menurut Zaidi, beliau adalah Pegawai Memerintah Skuadron ke 12 (pesawat jet pejuang F-5) namun telah dilucutkan jawatan.

Sehingga kini, beliau mendakwa tidak dibenarkan terbang walaupun masih mendapat gaji dan elaun seperti biasa.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2014 8:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: