Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Peguam EXCO P.Pinang cabar perintah reman di Kedah

12 OGOS: Peguam mewakili EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Poh akan ke Mahkamah Tinggi Alor Setar esok untuk mencabar perintah reman lima hari terhadap wakil rakyat DAP itu.

Ini berikutan mereka menyifatkan tahanan reman ke atas Boon Poh adalah di luar aturan serta dianggap tidak sah susulan pendaftar membuat keputusan tanpa mendengar hujah peguam.

Terdahulu, Ramkarpal Singh dan R.S.N. Rayer gagal mendapatkan semakan permohonan di Mahkamah Georgetown.

Ramkarpal berkata mereka cuba membuat permohonan petang tadi namun tiada siapa menerima dokumen itu.

“Kita akan ke Mahkamah Tinggi Alor Setar esok dan cuba berjumpa pendaftar jam 9.15 pagi. Ahad hari bekerja bagi mereka.

“Mahkamah Tinggi Alor Setar mempunyai bidang kuasa yang sama untuk mendengar hal ini. Hanya ini pilihan yang kita ada sebab sudah gagal memohon di Pulau Pinang.

“Ini adalah perkara penting yang berkaitan dengan kebebasan seseorang. Perintah reman itu di luar aturan,” kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

ADUN Sungai Puyu itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung beberapa surat berkenaan operasi kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam yang merupakan bidang kuasanya sebagai sebagai EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.

Pagi tadi, Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Pulau Pinang Ameera Mastura Khamis membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman Boon Poh  selama lima hari bermula hari ini.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 August 2017 7:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]