Kategori Berita Utama

Peguam jadi MP jangan bawa kes ke Dewan Rakyat

Perkara ini sudah lama berlaku cuma Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia barangkali hanya menunggu masa sesuai untuk mendedahkannya.

Insiden ahli parlimen PKR N.Surendran berkeras mahu membawa petisyen ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat serta ingin babitkan orang luar dalam sidang media di tempat eksklusif kepada MP di Lobi Parlimen pada Rabu ibarat sudah cukup menguji kesabaran Pandikar Amin.

Menjadikan perlakuan Surendran sebagai rujukan, beliau mengingatkan semua ahli Parlimen yang berlatarbelakang undang-undang supaya tidak membawa kes mereka di dalam Dewan Rakyat.

dualawyerpkrPandikar Amin menegas, beliau boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang engkar kerana jelas ianya telah melanggar peraturan serta mengelirukan Dewan.

“Sebetulnya boleh (diambil tindakan) kerana pertama dia menyeleweng kepada dewan…dia ada kepentingan di situ, dia tidak maklumkan dia mempunyai kepentingan.

“Suatu ketika dahulu pernah saya fikirkan, kenapa kita tidak buat satu sistem, apabila kita menjadi wakil rakyat kita tidak boleh jadi pengamal undang-undang kerana kadang-kadang tugas itu bercanggah,” kata beliau dalam sidang media di Parlimen, Khamis.

Dengan tidak mahu menamakan sesiapa, beliau memberitahu terdapat beberapa orang ahli Parlimen berapi-api memperkatakan sesuatu isu tetapi setelah diselidik didapati individu yang dibela itu merupakan pelanggan meraka.

“Dalam peraturan mesyuarat tidak boleh begitu kerana mereka punya kepentingan.

Dalam kes ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendren yang diusir keluar dewan semalam, beliau mempersoalkan sama ada Surendren mempunyai kepentingan atau tidak kerana beliau merupakan peguam kepada pihak yang terlibat.

“Ataupun itu satu agenda politik beliau yang mahu tunjuk kepada masyarakat yang diwakili bahawa mereka berani, hero.

“Jangan ada antara kita hendak tunjuk saya lagi berani, saya lagi hebat daripada you, saya lebih pandai daripada you, saya mempunyai tafsiran peraturan mesyuarat yang lebih tepat daripada you,” tegas beliau.

Surendren semalam telah diarahkan keluar sidang Dewan Rakyat oleh Pandikar kerana cuba membangkitkan petisyen bantahan terhadap kes berkenaan sebelum sesi soal jawab bermula.

Tidak puas hati dengan tindakan speaker, Surendran turut mengheret keluarga si mati kerana mengatakan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporan mereka yang kononnya menuntut keadilan bagi kematian Karuna dalam tahan polis.

“Jika dia (Surendran) sebagai peguam yang mewakili keluarga si mati dia harus beritahu kepada dewan dia ada kepentingan peribadi. Dia bawa isu itu bagi saya, semata-mata untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Jelas Pandikar Amin, bukan sahaja ahli Parlimen tetapi pemberita yang engkar dengan peraturan dewan juga boleh diambil tindakan.-26/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 September 2013 2:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: