Kategori Berita Utama

Peguam Negara sedia beri surat kuasa Rafizi periksa akaunnya

17 DIS :  Tan Sri Abdul Gani Patail sedia memberi surat kuasa kepada ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli   untuk memeriksa akaun bank bagi membuktikan Peguam Negara itu kononnya menerima wang sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Surat kuasa itu akan diberikan jika Rifizi mahu memeriksa akaun bank di mana-mana negara, termasuk di Hong Kong, kononnya berjuta-juta dolar dimasukkan ke atas nama beliau sebagai wang sogokan berkaitan kes itu yang didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

pulaubatuputih

PULAU Batu Putih yang jadi milik Singapura selepas Malaysia kalah dalam tuntutannya bertindih oada 2007

Beliau berkata, Rafizi boleh ke pejabatnya bila-bila masa bagi mendapatkan surat berkenaan.

Bagaimanapun, Abdul Gani yang menafikan dengan keras dakwaan yang disebarkan ke atasnya sejak sebulan lalu menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua yang terbabit menyebarkan dakwaan tidak berasas sama sekali terhadapnya.

Beliau mengeluarkan kenyataan ringkas itu bagi menjawab dakwaan sebuah portal pada Isnin yang melaporkan Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat dakwaan salah laku Abdul Gani yang didedahkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.

Portal berita itu pada 26 November lalu melaporkan dakwaan Mat Zain bahawa wujudnya sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih pada 2007.

ganipatail

Gani Patail

rafizi1

Rafizi Ramli

Pendedahan itu dilakukan dalam bentuk akuan bersumpah setebal 31 muka surat yang antara lain mendakwa salah laku Abdul Gani ketika mengendalikan kes itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 December 2013 12:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: