Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Peguam Negara terima kertas siasatan 1MDB dari SPRM

12 JUN: Jabatan Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu kenyataan, berkata Jabatan Peguam Negara memerlukan masa untuk mengkaji kertas siasatan tersebut tetapi menghargai tindakan segera dan sensitiviti tugasnya.

“Untuk melaksanakan tugas kami dengan efektif, saya telah melantik satu pasukan mengkaji kertas itu dengan tujuan untuk kemungkinan memulakan pendakwaan jenayah dan satu lagi untuk mengkaji memulakan prosiding sivil, ” kata beliau.

Beliau berkata anggota kedua-dua pasukan terdiri daripada timbalan pendakwa raya dan peguam kanan persekutuan berpengalaman yang akan melaporkan terus kepada beliau.

“Saya juga telah menandatangani permohonan untuk bantuan bersama dalam perkara jenayah daripada Switzerland, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Emiriah Arab Bersatu.

“Harapan saya adalah agar dapat mengambil tindakan lanjut serta menjalin kerjasama dengan pihak mereka,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 June 2018 9:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: